BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SELAMAT DATANG

Tuesday, October 13, 2009

PRAKATA

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana memberikankemudahan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) untukmenghasilkan Panduan Penggunaan Pusat Akses ini. Saya juga inginmengucapkan tahniah kepada Sektor Perancangan Dasar danPengurusan Kualiti, BTP yang telah berjaya menghasilkan buku inibersama dengan pegawai-pegawai Bahagian Kementerian PelajaranMalaysia, Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan wakil-wakil sekolah.
Pusat Akses dilaksanakan di sekolah-sekolah untuk meningkatkankemahiran murid dalam mencapai maklumat. Selain itu, murid bolehmeningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT untukproses pembelajaran. Tujuan utama buku ini ialah untuk menyeragamkan pelaksanaan danpenggunaan Pusat Akses di sekolah seluruh negara. PenggunaanPusat Akses yang teratur diharap dapat membolehkan muridmelaksanakan pembelajaran kadar kendiri, akses kendiri dan terarahkendiri dengan lebih berkesan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkanterima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibatmenghulurkan bantuan tenaga dan masa untuk melahirkan bukupanduan ini.
Adalah diharapkan dengan adanya buku panduan ini,penggunaan Pusat Akses di sekolah menjadi lebih tersusun danbermakna.Dato’ Haji Yusoff bin HarunPengarahBahagian Teknologi PendidikanKementerian Pelajaran Malaysia.

0 komen: